NADI – TINY TECHIES : Bengkel IoT Sumo Robot (Sekolah Menengah)
19 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini18 Oktober 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas NADI – Tiny Techies: Bengkel IoT Inovasi Sesi 2. Kelas ini bermula pada jam 11.30 pagi – 12.30 tengahari. Seramai 3 orang peserta sekolah menengah terlibat dalam kelas ini.
Pemasangan robot Sumo dalam program Tiny Techies dimulakan dengan menyambungkan komponen asas seperti motor ke casis utama robot. Seterusnya, pasang tayar pada motor dan lekatkan papan kawalan (micro:bit atau pengawal lain) pada badan robot. Kemudian, sambungkan wayar sensor (pengesan garisan dan pengesan lawan) kepada papan kawalan. Akhir sekali, bina dan pasang bilah pendorong (scoop) di hadapan robot sebelum memuat naik atur cara yang telah disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: